Mustapha Maarof
Mustapha Maarof

Mustapha Maarof

Allahyarham Dato' Mustapha Maarof [2] Dilahirkan pada 1 Januari 1935[3] di Kuala Lumpur, Selangor ketika itu, adalah seorang pelakon Malaysia. Beliau pernah mendapat Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10.Mustapha Maarof pernah memperisterikan pelakon jelita, Suraya Harun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suzlynna. Namun perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja apabila mereka berpisah pada tahun 1965. Selepas itu beliau mendirikan rumah tangga bersama pelakon Roseyatimah pada tahun 1967 dan mendapat 4 orang anak iaitu Suzlyna, Azlynna, Khairudden dan Mohd. Rezainudden. Namun, Khairudden ditakdirkan menghadap Ilahi terlebih dahulu sewaktu berusia tiga tahun akibat demam denggi.[4]Pada 18 Jun 2010, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Joseph Salang Gandum mengumumkan Datuk Mustapha Maarof sebagai Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010. Beliau menerima cek bernilai RM30,000 ,selempang, pingat dan sijil Tokoh Perfileman Finas[5]

Mustapha Maarof

Dikebumikan Taman Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan Pelakon
Ibu bapa Maarof Zakaria (bapa)
Pasangan Roseyatimah (k. 1967; m. 1987)
[1] Suraya Harun (k. 1962; c. 1965)
Anak 3
Tahun aktif 1951 - 2009
Majikan Malay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
Sarimah Filem Productions
RJ Filem Sdn. Bhd
Teletrade Sdn. Bhd
ZHA Film Productions
Grand Brilliance Sdn. Bhd
Starry Eye Productions
Dayang Digital Sdn. Bhd
Nama lain Datuk Mustapha Maarof
Meninggal dunia 15 Disember 2014(2014-12-15) (umur 79)
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara Malaysia
Kelahiran Mustapha Azahari bin Maarof
(1935-01-01)1 Januari 1935
Kuala Lumpur, Selangor, Malaya British (kini Malaysia)

Rujukan

WikiPedia: Mustapha Maarof http://www.imdb.com/name/nm6199400/ http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/15/datu... http://filemklasikmalaysia.blogspot.my/2012/05/per... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://isni.org/isni/0000000424730497 https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb167291451 https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb167291451 https://id.loc.gov/authorities/names/n2018220820